Isnin, 14 Disember 2015

Average

Dia rasa dia sudah jumpa satu, aku.
Tapi aku fikir aku belum jumpa 'dia'.
Dia, mengecewakan, mematahkan, merobekkan semangat aku lagi ada lah.



Sabtu, 12 Disember 2015

33

MISI 33 - TAHNIAH SELANGOR SEBAGAI JUARA PIALA MALAYSIA 2015!

Khamis, 10 Disember 2015

Hak Asasi Manusia

Hari Hak Asasi Manusia
Semoga semua manusia tetap diberi peluang dan hak yang sama tanpa ada unsur-unsur rasisme, diskriminasi warna kulit ataupun gender, mahupun ketidaksamarataan dari segi pangkat, harta dan kasta, sekalipun perbezaan agama. Ironinya, semua itu masih wujud.

Selasa, 8 Disember 2015

Hak III

Jika anda tidak membuat tuntutan atau menamakan sesuatu itu sebagai hak anda, ada kebarangkalian untuk anda kehilangannya. Dan kebarangkalian itu amatlah tinggi.

Ahad, 6 Disember 2015

Kelam

Seolah semut hitam merayap di atas batu dalam kesamaran kegelapan malam. Kelam.

Selasa, 1 Disember 2015

Mudah

Perkara mudah jangan dirumitkan. Yang aman jangan dijadikan masalah. Dalam kehidupan ini, semua berbalik kepada benda asas iaitu kebaikan. Kebaikan walau sekecil zarah sekalipun, kalau niat memang kebaikan akan membawa kepada perubahan yang besar.

Ahad, 29 November 2015

Rabu, 25 November 2015

Gagal

Seperti bunga yang harum dan wangi,
engkau dengan bangga membawanya pulang ke rumah,
namun engkau gagal untuk menyiramnya,
meninggalkannya sendirian dalam seberapa banyak caranya pun,
lalu ia layu , layu seperti di kala musim yang panas kering

Jumaat, 20 November 2015

Hiatus

Aku ingin lari dan terus lari
Lalu menyembunyikan diriku
dari segenap kekusutan
dan terus menyembunyikan diriku
dari anasir-anasir yang membinasakan

Khamis, 19 November 2015

TPPA

Malaysia merupakan tuan rumah bagi Asean Summit 27th kali ini dan sedang membincangkan beberapa perkara. Antaranya adalah Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). TPPA ini dari segi jangka panjang sebenarnya akan memberi kesan dari segi pelaburan dan kedaulatan, Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas, SME dan Pertanian, Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta, kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam, Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control), dan Masalah Cukai Ekport. Banyak negara yang membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini. Negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela, Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia dan Swaziland juga sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan Amerika untuk FTA tetapi kesemua rundingan itu gagal tanpa ditandatangani. Apa agaknya hasil rundingan dengan negara Malaysia. Hm

Isnin, 16 November 2015

Aman

Kunci untuk keamanan adalah; persefahaman, perpaduan, toleransi, saling bertukar buah fikiran dan menerima pendapat dari semua pihak. Jika masing-masing ego, berat sebelah dan tiada rasa untuk bertolak ansur terutamanya macam kes terbaru ini; membincangkan hal terrorist attack di Paris dan kaitan dengan isu Israel-Palestin; jadi bagaimana dunia mahu aman jika tiada persepakatan? Tanamkan unsur positif.

Ahad, 15 November 2015

Sabtu, 14 November 2015

Kopi

Coffee as black as hell, strong as death and as sweet as love

Jumaat, 13 November 2015

Mimpi

Mimpi indah, manusiawi.

Khamis, 12 November 2015

Meyumpah

Disamar oleh garis masa
Disamar ketika matahari bersinar
Satu bertepuk, di mana angin?
Satu berdiri, sayap membentang
Panas mengepul ubun-ubun, tidak berteduh, 
matahari juga disumpah serapah?

Rabu, 11 November 2015

Lelah

Telah aku suakan segala keghairahan secara harfiahnya dari pagi hingga ke petang. Petang hingga ke malam. Akhirnya lelah membaca segala isi kandung subjek Government Finance untuk midterm esok hari. Nescaya mencari kamar juga untuk pelampiasan kelelahan.

Isnin, 9 November 2015

Kesedaran

Kadar kesedaran politik rakyat Malaysia ini memang tinggi. Daripada bab makanan, muzik, pembacaan, perniagaan, pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan rakyat Malaysia akan kaitkan dengan politik. Political awareness sebenarnya penting untuk tahu apa yang terjadi. Rakyat tidak bodoh; hanya sesetengahnya mudah digula-gulakan sahaja.

Rabu, 28 Oktober 2015

Andaian

Aku jarang menulis sesuatu yang panjang macam ini. Tapi aku rasa , ini adalah sesuatu perkara yang harus di ambil kira oleh setiap sudut masyarakat.
Ingat tak kes tentang kanak-kanak lelaki diculik, dan seorang pemandu teksi bantu membawa budak itu kepada pangkuan bapanya semula? Lepas itu viral katanya pemandu teksi itu suspek penculikan. Walhal tiada kepastian lagi. Baru-baru ini bapa budak itu dah keluarkan kenyataan siap letak notis dalam surat khabar menyatakan dia tidak terlibat. Di sini, aku cuba imply kan keadaan ini terhadap culture manusia sekarang.
Society kita (mungkin society di tempat lain juga) terlampau suka bersifat prejudis terhadap orang. Membuat tuduhan dan fitnah itu satu perkara, memviralkan, menyebarkan nya pun satu perkara lagi. Apabila sesuatu benda, kita tidak pasti bagaimana isi kandungannya, macam mana terjadinya, berhentilah. Berhenti dari teruskan culture tak sihat macamni. Aplikasi kan teknik 4W - What, where, why, who dan 1H - How untuk memahami apa terjadi. Tetapi haruslah mengetahui dari pihak yang terlibat sahaja. Bukan yang tiada kena-mengena lebih sudu dari kuah.
Kalau apa yang terjadi, refer kepada orang yang berkenaan sahaja. Dan orang yang tiada kena mengena tidak perlu menyebarkan sesuatu yang boleh jatuh sebagai fitnah.Seperti yang dilihat di sini, bapa budak(keluarga) itu sendiri yang dikira mempunyai kredibiliti untuk berkata. Kalau masa akan datang selepas dibicarakan, itu hak keluarga itu. Aku kasihan kepada keluarga pemandu teksi tersebut. Dikecam dicemuh walhal tiada kepastian lagi. Ini kesannya. Jadi marilah berhenti budaya membuat andaian dan teori tidak berasas mahupun menyebarkan aib/fitnah/cerita yang tidak tahu kepastiannya supaya hidup lebih aman dan tidak mengganggu kehidupan orang lain

Selasa, 27 Oktober 2015

Senyap

Every word has consequences.
Every silence, too.

Isnin, 26 Oktober 2015

Puisi politik

Apa itu puisi politik hari ini dan bagaimana kita menerangkan, pengalaman, memahami keseimbangan intim terjadi di antara maklumat, sentimen dan estetika yang menentukan bagaimana kita membaca puisi dan apakah ia juga seolah-olah tampak politikal? Hm. Tidurlah

Khamis, 22 Oktober 2015

Makan

Makan mana hari ini?
Ikut you lah.
Lalu mereka pun mati kebuluran.

Rabu, 21 Oktober 2015

Hak II

I am always mine before I am ever anyone else's.
And I'm still mine, belong to my own self.

Isnin, 19 Oktober 2015

Ibrah Tragedi Taif

Berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan dan sebarkan idea-idea untuk membuatkan penduduk bumi hidup dengan jiwa manusiawi. Menjadikan manusia mampu membuat keputusan dengan rasional dan bertindak sebagai seorang yang berjiwa manusia ; Ibrah Tragedi Taif - Fahmi Kasyfi

Jumaat, 16 Oktober 2015

Maal Hijrah

Ia adalah pikiran manusia itu sendiri, bukan musuh atau lawannya, yang menggewang ke arah kejahatan. Nah, soalnya pemikiran yang harus diselaraskan supaya membawa kepada kebaikan. Salam Jumaat tahun baru

Rabu, 14 Oktober 2015

Waspada

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Isnin, 12 Oktober 2015

Manifestolol BN Pru 13 No.6

"Mengurangkan bayaran tol bandar secara berperingkat "
- Najib Razak @ April 6, 2013.

Ahad, 11 Oktober 2015

Ghairah

"Masih ada waras manusiawi
Jangan dibiar menggelinjang ruh"

Jumaat, 9 Oktober 2015

Perikemanusiaan

Perikemanusiaan sebagai suatu kepentingan bagi manusia dan apa-apa yang mengkaitkan kemanusiaan - iaitu berada dalam semangat manusia dengan kesedaran yang istimewa di mana manusia menunjukkan dirinya lebih tinggi daripada binatang dan sebenarnya dalam kesempurnaan, yang benar, yang tinggi dan yang pernah berkembang di aras dunia.

Selasa, 29 September 2015

Jerebu

Eargasm di kala hujan yang turun ketika cuaca sesak punda pernafasan

Isnin, 28 September 2015

Tertindas

Yang dikatakan 'kebenaran' itu kadangkala tidak semestinya benar, seharusnya kadangkala, boleh jadi ia hanyalah kisah yang dibentuk dan diasah seperti benar-benar menampakkannya ia benar. Gi mana ya? Kehidupan ini menindas orang yang benar namun yang tidak benar itu tetap aja berdiri. Manipulasi itu terus-menerus wujud dengan kesimpulan sendiri tanpa tahu hujung pangkalnya. Seperti media massa yang banyak menyajikan info-info yang kurang benar kepada rakyat. Yang hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja. Seperti ahli politik.

Khamis, 17 September 2015

Bodoh

Percayalah. Tiada manusia yang bodoh dalam dunia ini. Semua manusia mempunyai kelebihan dan potensi diri yang unik dan berbeza-beza. Tuhan tidak menciptakan makhluknya bodoh mahupun membeza-bezakan taraf ciptaannya walau siapapun dia. Setiap darinya mempunyai akal. Yang membezakan adalah peluang bagi setiap dari mereka untuk menggunakan potensi diri dalam kemahiran tersendiri. Dan yang paling penting, tidak membodoh kan diri dengan sifat-sifat fasis.

Tenang

Timah bertenang, setenang air dikali. Orang biasa, tiada apa untuk dikejar.
Selamat malam, manusia

Rabu, 9 September 2015

Realiti

Cuti dah tamat. Kembali ke semester baru lagi. Maaf, terlalu sibuk dengan kehidupan realiti. Tiada masa untuk toleransi gosip picisan, bawa mulut. Masa terhad untuk orang-orang yang mahu bicara secara positif, bicara idea atau ilmu, tentang alam, politik, haiwan, makanan dan lain-lain. Banyak sungguh perkara yang boleh dibicarakan dalam dunia ini

Isnin, 24 Ogos 2015

Belenggu

Tahun lepas bercerita tentang belenggu. Apakah manusia memang ditakdirkan untuk dibelenggu? Belenggu oleh Tuhan bukan satu pembelengguan tapi itu adalah kepatuhan, tapi dibelenggu oleh manusia itu gimana pula ya? Dengan keadaan sosiopolitiko ini kita terus-terus dibelenggu dengan pemimpin yang korup, namun dalam strata sosial adakah manusia harus membelenggu manusia lain dengan dusta nista? Emang manusia harus tetap ditindas baik oleh pemimpin-pemimpin, golongan koprat, mahupun masyarakat sosial? Bila kah kita akan sebenar-benarnya merdeka jika kita sebenarnya masih dibelenggu oleh pemikiran yang masih tidak membangun.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Spekulasi

Spekulasi bisa membuat anda iseng.
Jadi, hati-hati. Jangan sampai termakan diri dengan teori-teori konspirasi buatan sendiri ya

Isnin, 3 Ogos 2015

Sempurna

"Justru kerana ia berada dalam status yang tidak sempurna, manusia tampaknya begitu mudah terdera untuk menggapai yang paling sempurna" - Goenawan Mohamad

Selasa, 28 Julai 2015

Muhyidin

Bukan tidak mahu menyokong Tan Sri Muhyidin tapi tidak mahu menyokong mana-mana. Timah melihat dari dua sudut. Sejarah mungkin berulang lagi seperti ketika Mahathir dan Anwar Ibrahim dulu. Dari satu sudut, isu 'red tape' memang tak boleh lari dari mana-mana politik. Muhyidin pun disoal siasat kerana RM663juta dibelanjakan untuk 1BestariNet. Tapi selama ini didiamkan sahaja. Mengapa sekarang? Kerajaan juga pada satu sudut lain dilihat membuat keputusan secara mendadak. Nampak macam terkesan sangat dengan 'jentikan' kecil dari statement Muhyidin. Muhyidin menyatakan dia sendiri kurang faham tentang 1MDB dan terpaksa baca The Edge. Bayangkan kalau dia sendiri kurang faham, apatah lagi rakyat marhaen terkontang kanting untuk cuba memahami? Konflik dalaman parti juga yang memberi kesan kepada rakyat sebenarnya. Rakyat yang terkesan dengan keputusan-keputusan dan polisi-polisi yang dibuat oleh kerajaan selama ini. Malaysia berbolak-balik dengan isu GST nya, 1MDB nya, isu TPPA. Sejauh manakah politik Malaysia 10 tahun akan datang? Jangan katakan 10, 5 tahun akan datang mampukah mencapai wawasan 2020? Negara luar tepuk tangan memerhati keadaan politik Malaysia. Yang tetap untung adalah golongan korporat dan kapitalis.

Selasa, 19 Mei 2015

Tenat

Dunia semakin tenat disebabkan oleh perilaku manusia yang menjadi kanser di atas bumi ini.

Ahad, 17 Mei 2015

Mad Max

Jumaat haritu tengok cerita ini. Aku rasa cerita ini ada kritikan sosiopolitikal kalau difahamkan betul-betul dan bukan ditengok semata-mata untuk hiburan. Banyak elemen sebenarnya yang aku observed. Bahagian dalam movie ini yang aku rasa tersentuh adalah bahagian di mana dunia ini dah ketandusan kehijauan dan sumber bahan asli. Flora dan fauna pupus kerana beberapa sebab. Antaranya sumber bahan asli seperti air dan petroleum dimonopoli di tangan sesetengah pihak. Sama juga dengan weapon dan machinery. Disebabkan natural resources ini terkumpul kepada sesetengah pihak, jadi mereka berkuasa dan segala decision making jatuh di tangan mereka. Dan macam biasalah, mereka akan manipulasi orang bawahan untuk tunduk dan akur kepada arahan dan perintah mereka. Watak Furiosa dalam movie ini pun ada beberapa elemen yang aku dapati. Antaranya, watak sebagai wanita yang membawa kegerunan kerana dia adalah simbol kepada revolusi. Malas cakap banyak. Tengoklah.

Sabtu, 9 Mei 2015

Curi



Oh. Curi RM 2 dikenakan penjara 2 tahun. Baguslah sistem kehakiman Malaysia dalam mengadili sebagai satu iktibar kepada masyarakat. Tapi, kalau 188.5 juta, macam mana pula cerita nya eh? Maaflah bertanya. Rasa ingin tahu.

Orang

[Puisi Orang Kecil, Orang Besar - Kiyai A. Mustofa Bisri]
Orang besar
Jujur tak jujur, makmur
Benar tak benar, dibenarkan
Zalim tak zalim, dibiarkan
Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikatakan kurang ajar
Orang besar kurang ajar dikatakan berani
Orang kecil memperkatakan hak disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak disebut pendekar

Isnin, 4 Mei 2015

Real

Real eyes realize real lies.

Jumaat, 1 Mei 2015

Buruh

Selamat Hari Buruh/ Hari Pekerja untuk para pekerja di seluruh dunia. Kepada working class heroes, teruskan perjuangan kelas pekerja untuk meraih dan mengendali hak-hak normatif dari industri kapitalis yang berbentuk ekonomi-politis. Kepada yang tidak hadir ke demonstrasi jalanan, tidak perlu memprovokasi mereka yang pergi. Juga kepada yang berada di demonstrasi, tidak perlu melakukan provokasi kepada yang tidak pergi. Segalanya atas dasar keputusan sendiri. Yang paling penting adalah pemahaman individu itu dan bukanlah hanya sekadar sebagai alat untuk politikus tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan.
Happy Mayday

Rabu, 29 April 2015

Quid Pro Quo

Menjadi masalah apabila setiap sudut aspek kehidupan manusia tidak kiralah sosio politiko, ekonomi atau agama itu sendiri, manusia mengambil kira untuk ditukar ganti dan menjadi masalah apabila perkara yang ditentukan itu atau perkara yang diberi, dibuat, mempunyai niat tertentu di sebaliknya dan mengharuskan kita untuk membalas perkara itu dalam keterpaksaan. Di mana nilai keihklasan eh? Kurang pasti.

Isnin, 20 April 2015

Salib

Hari ini ramai tanya pendapat aku tentang protes untuk menyeru gereja Taman Medan untuk menurunkan lambang salib. Kepada aku, maaf ini adalah suatu bentuk paranoia masyarakat melayu di kawasan itu. Dan ini salah satu bentuk intoleransi agama. Kebebasan awam untuk penduduk beragama Kristian sedang dinafikan. Di dalam Malaysia ini aku tak rasa dengan hanya melihat salib akan meruntunkan institusi agama Islam. Kebebasan untuk beragama adalah hak masing-masing dan protes ini adalah suatu bentuk provokasi yang akan menyebabkan keamanan rakayat terancam. Aku nampak ini sebagai satu tafsiran yang sempit dan myopic. Apakah selepas ini Batu Caves akan dirobohkan pula? 
Apa pun, hormat dan bertoleransi.

Khamis, 2 April 2015

Escape

The sea's only gifts are harsh blows, and occasionally the chance to feel strong. Now I don't know much about the sea, but I do know that that's the way it is here. And I also know how important it is in life not necessarily to be strong but to feel strong. To measure yourself at least once. To find yourself at least once in the most ancient of human conditions. Facing the blind deaf stone alone, with nothing to help you but your hands and your own head.

Sabtu, 28 Mac 2015

Catur

Politik adalah seperti permainan catur. Apa yang anda lakukan apabila semua bergerak mungkin hanya membawa kepada checkmate? Nah, pada dasarnya, anda mempunyai dua 'pilihan di atas meja': 
(1) mengaku kalah, atau 
(2) menendang papan catur dan ... go for your gun 
- Adrian Salbuchi

Jumaat, 27 Mac 2015

Perhatian?



Setiap kali kalau diperhatikan, tiada isi. Dia hanya menggunakan beberapa perkataan yang hanya untuk tampak gah di mata siapa pun tidak pasti. He is endeavouring to seek scrutiny from others.

Khamis, 26 Mac 2015

GST

Kurang pasti emosi apa yang harus diekspresikan.
Kerana setiap perkara ada sebab musabab yang menyebabkan ia terjadi. Dan disebalik keputusan, terdapat kepala yang menentukan. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Terpaksa terima dengan ketidakrelaan dan ketidakpuasan hati. Mahu memberontak, tapi tidak jumpa solusi. Jadi sedang memikir bagaimana untuk teruskan hari-hari yang mendatang dan survive.

Isnin, 9 Februari 2015

Teologi

Apa sahaja sistem kehidupan yang dirancang untuk manusia di dunia ini tentunya berasal dari konsep metafizikal dan konsep teologi. Tiada skema kehidupan yang mungkin tanpa konsepsi yang jelas tentang manusia dan diri di mana dia hidup.
(Sayyid Abul A'la Mawdudi; A Short History of The Revivalist Movement in Islam. Chapter 1)

Jumaat, 6 Februari 2015

Dejavu

Kadang-kadang bila kita duduk ramai-ramai berborak, kadang-kadang berderai gelak, tapi tiba-tiba kita terdiam dan terkesima. Rasa macam pernah jadi benda yang sama di tempat yang sama, dengan orang yang sama. Eh.

Khamis, 5 Februari 2015

Modernisasi

Modernisasi tidak hanya terletak pada objek material mahupun pembangunan yang pesat tetapi ia juga terletak ke atas bagaimana pembentukan pemikiran dan pembawakan peribadi serta kelakuan moral

Khamis, 15 Januari 2015

Kg. Bharu

Baru tengok berita, kerajaan mahu mengambil Kg Bharu untuk melakukan pembangunan. Hmm. Hilanglah satu lagi enklaf warisan dekat Kuala Lumpur.

Isnin, 12 Januari 2015

Chairil Anwar

"Tambah ini menanti jadi mencekik
Memberat-mencekung punda
Sampai binasa segala. Belum apa-apa
Udara bertuba. Setan bertempik
Ini sepi terus ada. Dan menanti"
- Chairil Anwar (1922-1949)

Ahad, 11 Januari 2015

Bukowski

We're all going to die, all of us, what a circus! That alone should make us love each other but it doesn't. We are terrorized and flattened by trivialities, we are eaten up by nothing - Charles Bukowski

Khamis, 8 Januari 2015

Anti Nuklear

Cara yang bijak untuk penggunaan tenaga hanya menggunakan pelaburan yang sedikit sahaja untuk menjimatkan tenaga yang banyak. Sepatutnya negara ini harus mempunyai polisi tenaga yang teratur dalam keputusan untuk memilih sumber tenaga secara strategik berbanding memilih untuk prosedur terus kepada penggunaan nuklear. Adalah penting untuk tidak terus tunduk kepada permintaan industri dan kapitalis.