Sabtu, 25 Februari 2017

Ekonomi

Isu pengagihan ekonomi, terutama jurang antara etnik, telah lama dikuasai oleh sosial, ekonomi dan perjalanan politik di Malaysia. Walaupun rasional untuk campur tangan kerajaan banyak di Malaysia adalah kononnya sama ada untuk perkembangan atau pengagihan semula, seseorang boleh membezakan mereka yang mempunyai luaran yang positif dari segi menyumbang kepada pertumbuhan dan perubahan struktur atau motif hanya pengagihan semula berdasarkan keutamaan antara etnik ekonomi
- Malaysia@50:Economic Development, Distribution, Disparities (Jomo, 2014)

Materialisasi

Dunia sudah sakit. Sakit dengan materialisasi. Kemanusiaan sudah hilang ditelan jauh ke dalam lubuk sifat manusia.

Jumaat, 24 Februari 2017

Roh

Ketahuilah bahawa roh manusia ini tidaklah hanya seperti roh tumbuhan dan haiwanan. Roh tumbuhan dalam bahasa Latin dinamai Anima Vegetativa (Roh Nabati) yang hanya menumbuhkan dan menggerakkan. Roh haiwanan disebut Anima Sensitiva (Roh Hewani) yang merasakan, menggerakkan, membiakkan tapi tiada kesadaran, pengertian atau pemikiran. Yang ada hanyalah naluri. Naluri adalah rahmat diberi kepada haiwanan sebagai panduan tata-hidupnya. Adapun manusia diberi Tuhan, Anima Intellectiva (Roh Insani) yang mempunyai kemampuan berfikir, kesadaran tinggi, bersusila, berkebudayaan, kasih mengasihi dan mempunyai tata-kehidupan. Jadi mengapa masih membawa kerosakan di bumi kepada tumbuhan dan haiwanan dan saling membawa kesedihan dan penindasan kepada sesama manusia? Manusia mempunyai rasa belas kasihan dan sifat cinta-mencintai dan sifat terbaik untuk terus maju dalam segala lapangan kehidupan. Akhirnya menjadi sadar akan diri sendiri seterusnya menjadi makhluk yang sadar akan Khalik atas ciptaannya.
-
Hidup Sesudah Mati; Bey Ariffin (1974)

Benih

Feeding a positive seed in mind every morning is more than enough to harvest it throughout the day

19:33

Dan ketenangan itu semoga dilimpahkan kepada aku pada hari dilahirkan dan pada hari aku akan mati dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali - Maryam 19:33