Isu pengagihan ekonomi, terutama jurang antara etnik, telah lama dikuasai oleh sosial, ekonomi dan perjalanan politik di Malaysia. Walaupun rasional untuk campur tangan kerajaan banyak di Malaysia adalah kononnya sama ada untuk perkembangan atau pengagihan semula, seseorang boleh membezakan mereka yang mempunyai luaran yang positif dari segi menyumbang kepada pertumbuhan dan perubahan struktur atau motif hanya pengagihan semula berdasarkan keutamaan antara etnik ekonomi
- Malaysia@50:Economic Development, Distribution, Disparities (Jomo, 2014)
Sabtu, 25 Februari 2017
Materialisasi
Dunia sudah sakit. Sakit dengan materialisasi. Kemanusiaan sudah hilang ditelan jauh ke dalam lubuk sifat manusia.
Jumaat, 24 Februari 2017
Roh
Ketahuilah bahawa roh manusia ini tidaklah hanya seperti roh tumbuhan dan haiwanan. Roh tumbuhan dalam bahasa Latin dinamai Anima Vegetativa (Roh Nabati) yang hanya menumbuhkan dan menggerakkan. Roh haiwanan disebut Anima Sensitiva (Roh Hewani) yang merasakan, menggerakkan, membiakkan tapi tiada kesadaran, pengertian atau pemikiran. Yang ada hanyalah naluri. Naluri adalah rahmat diberi kepada haiwanan sebagai panduan tata-hidupnya. Adapun manusia diberi Tuhan, Anima Intellectiva (Roh Insani) yang mempunyai kemampuan berfikir, kesadaran tinggi, bersusila, berkebudayaan, kasih mengasihi dan mempunyai tata-kehidupan. Jadi mengapa masih membawa kerosakan di bumi kepada tumbuhan dan haiwanan dan saling membawa kesedihan dan penindasan kepada sesama manusia? Manusia mempunyai rasa belas kasihan dan sifat cinta-mencintai dan sifat terbaik untuk terus maju dalam segala lapangan kehidupan. Akhirnya menjadi sadar akan diri sendiri seterusnya menjadi makhluk yang sadar akan Khalik atas ciptaannya.
-
Hidup Sesudah Mati; Bey Ariffin (1974)
-
Hidup Sesudah Mati; Bey Ariffin (1974)
Benih
Feeding a positive seed in mind every morning is more than enough to harvest it throughout the day
19:33
Dan ketenangan itu semoga dilimpahkan kepada aku pada hari dilahirkan dan pada hari aku akan mati dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali - Maryam 19:33
Khamis, 23 Februari 2017
Korupsi
Nilai kemanusiaan sudah hilang disebabkan ketamakkan disulami korupsi, sogok, perekonomian dan perdagangan yang bersifat immoral. Atas sebab kerakusan manusia, bumi yang maha luas pun mampu musnah kalau ditarah saban hari.
Selasa, 21 Februari 2017
Hamka
Banyak rahsia dalam alam ini. Langit lazuardi yang indah hijau. Bintang-bintang yang ada dalam cakrawala, dengan matahari dan bulannya, angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa, nampak semuanya di hadapan kita ketika kita mengadah ke langit. Lalu kita toleh ke bawah, nampaklah dunia, lautan, gunung ganang dan padang pasir. Maka terlihatlah diri sendiri. Tercengang, ta'jub, hairan bahawa diri itu penuh dan dipesona oleh seribu tanda tanya atas keindahan dan kompleks. Kontemplasi lah luar dan dalam diri itu
Hamka - Falsafah Hidup
Hamka - Falsafah Hidup
Khamis, 9 Februari 2017
Kafein
Hari dan pagi yang indah, secangkir kopi o pekat dan panas di rumah yang bercandu kafein beserta set playlist Bon Iver. Nah, tenang.
Selasa, 7 Februari 2017
NALS
I was attending National Aspirations and Leadership Summit last year as one of the Delegates. This year, it is an honour for me to be in the organizing team as an Officer. I've met a lot of intellectuals and inspiring people. I believe that we must utilize any platform for the betterment of one self and nation. If we think the nation need a change, we advocate the aspirations of youth for future social, economic and political transformation towards empowering next generation of Malaysia. Be the one who change.
Isnin, 6 Februari 2017
Pramoedya Ananta Toer
“Apalah guna sekolah-sekolah didirikan; kalau tak dapat mengajar mana yang benar, dan mana yang tidak." - Pramoedya Ananta Toer
6 February 1925 – 30 April 2006
6 February 1925 – 30 April 2006
Bulan
Raihlah untuk ke bulan karena bahkan jika tidak kesampaian, sekurang-kurangnya akan mendarat di antara bintang-bintang
Rabu, 1 Februari 2017
'Naik Minyak'
Rasionalisasi subsidi. Rakyat Malaysia 'naik Minyak' bila harga minyak naik di kala ekonomi sudah gering. Harga petrol naik 20sen kerana harga pasaran minyak dunia yang naik berikutan pengawalan/penstabilan lambakan stok minyak dunia. Selamat Hari Wilayah Persekutuan, para rakyat Marhaen!
Np: Crass - Do They Owe Us a Living?
Np: Crass - Do They Owe Us a Living?
Selasa, 31 Januari 2017
Al-Ghazali
"Logik menurut al-Ghazali, mempunyai peranan dalam mengawasi pemikiran manusia daripada kesalahan dalam berfikir. Dia menerangkan logik sebagai ilmu yang tidak mempunyai kaitan dengan urusan keagamaan tetapi sama sekali tidak bercanggah dengan dogma keagamaan dan menjadikan sebagai suatu ilmu yang mempunyai nilai"
Jumaat, 27 Januari 2017
TPPA 2017
Trump Arah US Tarik Diri dari TPPA : Setahun yang lepas ada hadir bantahan TPPA. TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan yang mana Malaysia bersama negara anggota lain telah menandatangani pada 2016. Telah menjadi suatu isu kepada semua negara terlibat untuk membincangkan hala tuju dan langkah selanjutnya selepas penarikan diri US. Penting ditegaskan di sini bahawa bantahan sebelum ini tidaklah menentang perdagangan bebas secara prinsipnya, tetapi yang ditentang ialah TPPA itu adalah laluan percuma kepada rakan dagangan untuk sewenang-wenangnya mempunyai hak menentukan urusan mengawal selia perdagangan dalam negara kita dan akhirnya akan menjejaskan pentadbiran dan ekonomi dalam negara. TPPA bukanlah suatu perjanjian perdagangan yang adil mahupun perdagangan bebas sama sekali, memandangkan hanya 6 daripada 29 bab rundingan melibatkan perdagangan, manakala bab-bab selebihnya berpotensi mengancam pembangunan ekonomi negara. Jadi, US itu sebenarnya ibarat memberi harapan untuk pembangunan ekonomi bersama pada awalnya, dan apabila negara-negara sudah berkebergantungan, penarikan diri itu mewujudkan sebuah sparks chaos kecil yang mungkin mengancam ekonomi negara. US sendiri yang mencadangkan TPPA dan US juga yang tarik diri.
🎵 Sick of it All - America
Ahad, 22 Januari 2017
Syukur
Bersyukurlah di atas kehadiran setiap insan dalam kehidupan kita. Hadir dari berbagai latar belakang, kisah hidup dan sejarah yang berbeda. Diversiti itulah yang mewarnai kehidupan ini. Yang kurang kita tambahkan, yang lebih kita kongsikan. Paling penting adalah kasih sayang
Isnin, 16 Januari 2017
Khamis, 12 Januari 2017
Bukowski
"If you're losing your soul and you know it, then you've still got a soul left to lose" - Charles Bukowski
Selasa, 10 Januari 2017
Graduasi
" Ilmu ditimba, budi dicita "
Dah selamat graduasi setelah 4 tahun disini. Tunggu majlis konvokesyen je. Saya tak kaya wang ringgi untuk diberi, tapi saya ada ilmu untuk dikongsi.
Timah graduated - UIAM
Timah graduated - UIAM
Isnin, 2 Januari 2017
Za'ba
Emangnya, para filsuf juga masih mencari tahqiqnya, melihat tahzibnya menguraikan tentang suatu pokok bahasan kewujudan baik dan jahat itu. Manusia pula secara prolifik nya terus menerus sibuk mahu menjadi ethicist
😌
.
"Manusia tetap manusia juga. Tabiat kejadiannya mesti tersusun daripada kecenderungan baik dan jahat. Sifat penyayang dan pemarah. Adil dan aniaya" (ms.103)
(Za,ba 1982)
.
"Manusia tetap manusia juga. Tabiat kejadiannya mesti tersusun daripada kecenderungan baik dan jahat. Sifat penyayang dan pemarah. Adil dan aniaya" (ms.103)
(Za,ba 1982)
Ahad, 1 Januari 2017
Tahun Baru
🎉Happy New Year 2017. Announcing that people surround me is starting to have a new chapter with more positive vibes in circle with positive behavior. One who talk about ideas, hobbies, foods, books, musics, jokes, politics, economy, arts or anything-you-name it are welcome instead of defaming, slandering, lying or bad-mouth about others. Please, grow up and get a life!
Langgan:
Ulasan (Atom)


