Selasa, 28 Julai 2015
Muhyidin
Bukan tidak mahu menyokong Tan Sri Muhyidin tapi tidak mahu menyokong mana-mana. Timah melihat dari dua sudut. Sejarah mungkin berulang lagi seperti ketika Mahathir dan Anwar Ibrahim dulu. Dari satu sudut, isu 'red tape' memang tak boleh lari dari mana-mana politik. Muhyidin pun disoal siasat kerana RM663juta dibelanjakan untuk 1BestariNet. Tapi selama ini didiamkan sahaja. Mengapa sekarang? Kerajaan juga pada satu sudut lain dilihat membuat keputusan secara mendadak. Nampak macam terkesan sangat dengan 'jentikan' kecil dari statement Muhyidin. Muhyidin menyatakan dia sendiri kurang faham tentang 1MDB dan terpaksa baca The Edge. Bayangkan kalau dia sendiri kurang faham, apatah lagi rakyat marhaen terkontang kanting untuk cuba memahami? Konflik dalaman parti juga yang memberi kesan kepada rakyat sebenarnya. Rakyat yang terkesan dengan keputusan-keputusan dan polisi-polisi yang dibuat oleh kerajaan selama ini. Malaysia berbolak-balik dengan isu GST nya, 1MDB nya, isu TPPA. Sejauh manakah politik Malaysia 10 tahun akan datang? Jangan katakan 10, 5 tahun akan datang mampukah mencapai wawasan 2020? Negara luar tepuk tangan memerhati keadaan politik Malaysia. Yang tetap untung adalah golongan korporat dan kapitalis.
Langgan:
Ulasan (Atom)