Jumaat, 28 Oktober 2016

Desa Petaling

Selamat sarapan.
"Meratapi bulan yang memudar
Biarkan bulan berjalan tunduk
Menyambut senyuman matahari
Biarkan matahari membuka mata
Membangunkan alam yang lelah"
Payung Teduh - Biarkan

Ahad, 23 Oktober 2016

Maloi

Pernah tak korang tengok filem As Above so Below (2014)? Yang mana boleh dikatakan 70% adegan-adegan dalam filem tu memang keadaan sekeliling kubur bawah tanah Paris yang sempit, sesak dan karakter-karakter tersekat di celah-celah batu, dinding yang hanya beberapa inci saja pembukaannya. Macam itu lah Timah rasa bila join budak-budak ini pergi Gua Batu Maloi dekat Johol 2 minggu lepas. Baru dapat video dari dorang. Sejujurnya lah Timah ni ada claustrophobia. Memang tak boleh/ tak suka/ takut masuk atau berada dalam tempat yang kecil, sempit, ruang yang terhad. Kalau dalam ruang macam tu, memang sebenarnya takut, panik dan rasa lemas sampai boleh sesak nafas. Masa kawan-kawan ajak pergi sini memang sebenarnya last minute and tak tau/ tak sempat search macam mana keadaan gua ini. Fikir macam Jalan masuk gua biasa.
Bila sampai pukul 10 pagi kat sana dengar je penerangan, dah gugup dah risau. Nak patah balik tak boleh. Fikir dalam kepala tak kan da sampai nak menyusahkan orang pulak kan. Memang masa tu kuatkan diri, gagahkan diri je. 24 checkpoints 4 jam dalam gua tu memang betul-betul mencabar. Memang orang local sana awal-awal bagitahu, tema gua itu memang sempit, basah dan gelap. Bayangkan la badan masing-masing macam mana menyelit celah-celah batu. Rock climbing yang bukannya setakat macam dalam extreme centre itu, tapi kau rock climbing air terjun, lawan air deras. Gelap, kau cuma berpandukan headlamp je. Hiking dalam gua yang bukan kau punya everyday kind of routes. Kau nak lepas ke ruang yang ke checkpoint seterusnya, kau kena tunjal kepala keluar dulu, selam dalam air. Merangkak. Kau meniarap, ruang dinding granit gua atas kepala dan kiri kanan kau berapa inci je. Waktu tu barulah kau sedar keciknya diri kau ni berbanding alam yang berdiri gah.
Terima kasih kenkawan sebab banyak guide Timah yang sebenarnya boleh mentally breakdown tapi acah-acah steady dan berjaya tempuh semua ini dan buatkan Timah lagi kuat sekarang. Pengamatan sekeliling gua dan hutan banyak bagi ilmu baru dekat Timah. Nah saja share pengalaman.
Kredit Video oleh Farouq Johari

Jumaat, 7 Oktober 2016

Tazkiyah

Tazkiyah al-nafs dari sifat ghurur
(2014 - masih)