Jumaat, 27 Januari 2017

TPPA 2017

Trump Arah US Tarik Diri dari TPPA : Setahun yang lepas ada hadir bantahan TPPA. TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan yang mana Malaysia bersama negara anggota lain telah menandatangani pada 2016. Telah menjadi suatu isu kepada semua negara terlibat untuk membincangkan hala tuju dan langkah selanjutnya selepas penarikan diri US. Penting ditegaskan di sini bahawa bantahan sebelum ini tidaklah menentang perdagangan bebas secara prinsipnya, tetapi yang ditentang ialah TPPA itu adalah laluan percuma kepada rakan dagangan untuk sewenang-wenangnya mempunyai hak menentukan urusan mengawal selia perdagangan dalam negara kita dan akhirnya akan menjejaskan pentadbiran dan ekonomi dalam negara. TPPA bukanlah suatu perjanjian perdagangan yang adil mahupun perdagangan bebas sama sekali, memandangkan hanya 6 daripada 29 bab rundingan melibatkan perdagangan, manakala bab-bab selebihnya berpotensi mengancam pembangunan ekonomi negara. Jadi, US itu sebenarnya ibarat memberi harapan untuk pembangunan ekonomi bersama pada awalnya, dan apabila negara-negara sudah berkebergantungan, penarikan diri itu mewujudkan sebuah sparks chaos kecil yang mungkin mengancam ekonomi negara. US sendiri yang mencadangkan TPPA dan US juga yang tarik diri.
🎵 Sick of it All - America

Tiada ulasan: