Jumaat, 24 Februari 2017

Roh

Ketahuilah bahawa roh manusia ini tidaklah hanya seperti roh tumbuhan dan haiwanan. Roh tumbuhan dalam bahasa Latin dinamai Anima Vegetativa (Roh Nabati) yang hanya menumbuhkan dan menggerakkan. Roh haiwanan disebut Anima Sensitiva (Roh Hewani) yang merasakan, menggerakkan, membiakkan tapi tiada kesadaran, pengertian atau pemikiran. Yang ada hanyalah naluri. Naluri adalah rahmat diberi kepada haiwanan sebagai panduan tata-hidupnya. Adapun manusia diberi Tuhan, Anima Intellectiva (Roh Insani) yang mempunyai kemampuan berfikir, kesadaran tinggi, bersusila, berkebudayaan, kasih mengasihi dan mempunyai tata-kehidupan. Jadi mengapa masih membawa kerosakan di bumi kepada tumbuhan dan haiwanan dan saling membawa kesedihan dan penindasan kepada sesama manusia? Manusia mempunyai rasa belas kasihan dan sifat cinta-mencintai dan sifat terbaik untuk terus maju dalam segala lapangan kehidupan. Akhirnya menjadi sadar akan diri sendiri seterusnya menjadi makhluk yang sadar akan Khalik atas ciptaannya.
-
Hidup Sesudah Mati; Bey Ariffin (1974)

Tiada ulasan: