MASTIKA? Terkejut bila lawat tempat Balai Buku Raya baru-baru ni ternampak Mastika edisi 1966. Berbeza dengan Mastika yang ada sekarang, 10-20 tahun yang lalu.
"Falsafah Aristotle berlainan dengan Plato yang hanya berdasarkan fikiran semata-mata."
Setahu saya, falsafah Aristotle berdasarkan pada fikiran, penglihatan, pengalaman dan perbandingan. Aristotle berbincang tentang keadilan, pandangan, metafizik, pengetahuan dan kehidupan manusia. Maksudnya, kalau boleh ada content macamni, tak mustahil lah isi Mastika atau buku-buku dulu bincangkan perkara dan menyediakan idea yang mana sangat berguna untuk melopori pemikiran masyarakat dan pemuda zaman tu. Berbincang tentang manusia bersama pemikirannya. SEKARANG? Haha. Tidak dinafikan bahawa buku dan media mempengaruhi minda pembaca. Jadi apabila dengan (sebahagian) lambakan buku yg mana masyarakat dimomokkan dengan hantu, pocong, dipincangkan dengan gosip fitnah serba serbi, ia langsung tak memanjangkan pemikiran masyarakat malah mempengaruhi cara masyarakat untuk berfikir sebegitu. Tapi, itu lah kebanyakkan yang masyarakat di Malaysia ni minat kan(?)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan