Rabu, 7 Disember 2016

Anarkisme

Aku terpanggil dengan isu yang diketengahkan bro Omar Fals ni. Walaupun aku tak kenal dia
Aku setuju dengan ayat kau; "bagaimana kau akan mencapai utopia ini jika diri kau tidak memahami konsep kebersamaan? Jika diri kau masih lagi membenci satu sama lain?"
Sebelum ini aku ada tekan kan benda ni dekat sesetengah kawan-kawan yang lain. Anarkisme tak akan dapat wujud kalau tiada konsep togetherness. Aku adalah pacifist. Aku mengaku aku bukan melawan secara radikal. Sesetengah orang memilih jalan radikal dan suka melalui proses chaos untuk mencapai sesuatu objektif/matlamat. Tp terpulang kerana setiap org mempunyai hak untuk memilih. Jadi hak untuk aku juga untuk memilih untuk menjadi pacifist. Kepada aku, aku percaya sebenarnya anarkisme boleh dicapai kalau sesebuah society tu :
1.mempunyai mutual understanding, toleransi, kasih sayang, tolak ansur, meraikan diversities of opinions, dan paling penting respect each others. Aku nampak satu je. Selalunya yang golongan konon memperjuangkn anarkisme dalam cara radikalisme yg konon menentang fasisme (bkn kau sbb aku tak kenal kau) , diorg kurang unsur2 dan elemen2 ni. Menentang fasis tp diri sendiri fasis sbb x boleh terima pendapat, rasa sendiri je betul, x buka ruang untuk berbincang, malah spread hatred. Asal berbeza pendapat sikit je, benci. Gosip, kutuk. Serupa perangai mesyuarat tingkap. Nak topple govt katanya, nak revolusi, nak jd anarkis, nak jadi punk, tp masih mentaliti Melodi. Sembang pasal org instead of ideas. Sembang fitnah, burukkan org pastu sebar tanpa bukti tanpa tanya tuan badan. Roots untuk menjadi anarkis adalah self educated, xkisah la formal learning ke, informal learning ke. Tapi kalau sibuk sembang hal dalam kain orang, bila nak self educate? Bila nak membaca? Bila nak produce sesuatu? Dan konsep kebersamaan tu adalah kasih syg. Kalau sesama dlm society tak reti syg menyangi, tak boleh respect each other, anarkis apa nya.
2. Tapi tentang agama. Macam kau cakap, tiada kebergantungan 100% kepada Tuhan dalam anarkisme. Dan itu adalah yg dipercayai oleh anarkis. Bukan masyarakat menyeluruh. Kalau anarkis mengikut ideology yg asal, ya ia adalah benar. Cuma kita kena faham, tak semua orang dalam society reach the level of understanding yang sama kerana tak semua mendapat sumber informasi, knowledge, ideas seperti sesetengah yg dah dapat. Jadi kewujudan agama, bangsa, negara itu memang boleh menyebab kepada pembentukan sentimen nasionalis, rasis, ethnocentric dan sbgainya. Cuma kita kena tengok dari historical context di mana asimilasi terjadi ketika peralihan masa, sejarah membentuk semua itu. Untuk reach the world mcm kau ckp mungkin mengambil masa yang lama. Itu pun selepas melalui proses yg panjang untuk society faham keberkesanan anarkisme. At the end dia akan jd sesuatu yg idealistik bukan realistik. Yang penting toleransi, dan respect each other. Ada org pilih tak nak ada agama, so yg ada agama respect decision tu. Ada org pilih nak ada agama, kalau yg tak ada agama, respect pilihan dia untuk meletakkan faith dia kepada Tuhan. Kau nak orang respect kau tak ada agama, kau respect orang yg nak ada Tuhan. Yang salah kalau menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. buka ruang utk berbeza pendapat, diskusi tentang perbezaan untuk mencari PERSAMAAN.
3. ada orang sembang harapan anarkisme bukan sekadar trend atau ikutan kat komen kau. Dan aku suka point kau ; "jgn membenci orang, mereka berani untuk mula berfikir pun da kira ok". Aku rasa ironi dgn orang yg takut/ tak suka bila sesuatu idea itu diketahui umum. Apabila mahu mencapai anarkisme, perlu kan kebersamaan dimana masyarakat secara seluruhnya faham dan mengikut idea tersebut. Tapi kalau nak buat anarkisme ni sebagai satu exclusive dan dipegang oleh sesetengah kumpulan, itu da jadi fasisme sebaliknya aha dan tak akan jadi anarkisme la. Patutnya buka dan educate la umum kalau betul lah anarkis yang tahu A-Z. Kalau org2 yg salah ikut idea tu, lari dr guidelines, itu lah tujuan anarkis yg tahu untuk educate yg tak tahu. Bukan bila org tu start befikir, nak ketahui idea tu, terus tak boleh. Salah, terus kecam. Bantu patutnya.
Anarki tak anarki, hidup harus positif, tenang dan aman. 24 jam radikal ke mana pun.
Sorry bro sbb panjang sgt. Thanks for adding me. aku tak kenal kau, tp topik kau menarik. Bai

Tiada ulasan: